Sinopsis Bintang (drama)

Iris merupakan anak kepada Pak Mahmud yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya di kampung. Pak Mahmud seorang yang amat tegas dan menitikberatkan tentang pendidikan Iris dan status keluarga mereka sehingga menyebabkan Iris jarang bergaul dengan orang kampung. Sebaliknya, Iris ikhlas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira status.

Thirak bersekolah di sekolah menengah yang sama dengan Iris. Thirak duduk di kampung bersama ibunya, Duangphen yang ingin melihat Thirak sambung pengajiannya ke universiti. Thirak yang berketurunan Thailand, mempunyai ciri-ciri Melayu yang kuat kerana sifatnya yang sangat peramah dan pandai bergaul.

Pertemuan mereka secara beransur-ansur membibitkan perasaan cinta antara satu sama lain. Namun Mustafa juga mengejar cinta Iris. Perasaan hasad dengki timbul apabila Mustafa gagal meraih cinta Iris. Mustafa memasang niat buruk dengan memaklumkan ibu bapa Iris tentang hubungannya dengan Thirak.

Berikutan kejadian itu, Iris dihantar belajar ke luar negara dan hubungannya dengan Thirak terputus bertahun-tahun. Beberapa tahun kemudian, Iris pulang ke kampung semula apabila telah menamatkan pengajiannya di luar negara. Apakah kesudahan yang bakal berlaku pada hubungan mereka? Masih adakah sinar kedua bagi Iris dan Thirak setelah bertahun-tahun terputus hubungan?